Saturday, November 13, 2021

 MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 

KUMPULAN 5

KELAS DAT1A 


NAMA PENSYARAH : PUAN LEZAWATI BINTI SERON

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. NURUL ERNA ERMYZA (20DAT21F1036)

2. KRISTEN SHEERA ( 20DAT21F1050)

3. ABANG KHAIRUL IZWAN (20DAT21F1014)

4. BRENDON COLE (20DAT21F1042)

PENGHARGAAN

 Salam sejahtera dan salam malaysiaku gemilang.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapat kami dari kumpulan 5 menyiapkan E-folio bagi kod subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032) ini dengan penuh jayanya. Diharap, tugasan ini akan memberi banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat carian di masa hadapan kelak. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kita, Puan Lezawati Binti Seron kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat tugasan mengikut kriteria yang ditetapkan. Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata,ucapan ini juga ditujukan kepada pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah kami hargai. Sekian, Terima Kasih.

PENGENALAN KONSEP NEGARA DAN BANGSA


Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir Muhammad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah frasa ‘negara’ merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan manakala ‘frasa’ bangsa merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, Konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa dengan satu identiti tersendiri. Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

                                                                TUN MAHATHIR MUHAMMAD 

KONSEP NEGARA

 Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganeraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar.


2.1 ELEMEN-ELEMEN KONSEP NEGARA 

Secara ringkasnya untuk membentuk sebuah negara perlu mempunyai elemen berikut:

1. PENDUDUK

Merupakan nisbah jumlah penduduk terhadap luaskawasan yang diduduki, Lebih umum, penduduk boleh merujuk kepada semua organisma daripada kumpulan atau spesies yang sama yang tinggal dalam kawasan geografi sama dan boleh saling membiak.


2. WILAYAH

Merupakan taraf pembahagian kawasan pemerintahan di dalam satu negara. Wilayah biasanya merupakan kawasan satu bandar istimewa dalam satu negara, sebagai contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara untuk Malaysia Perkataan wilayah juga boleh diterjemah sebagaimembawa maksud yang sama dengan perkataan Province (Provinsi) Bahasa Inggeris yang mempunyai taraf yang sama dengan negeri.


3 KERAJAAN

Kerajaan adalah organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kawasan tertentu.


4. KEDAULATAN

Kedaulatan adalah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri. Seseorang yang berdaulat seperti raja ialah pihak penggubalan undang-undang yang agung, dan tidak menurut perintah sesiapa yang lain dan membincangkan bahawa “pertumbuhan Negeri yang memberi pemegang amanah pihak berkuasa awam lebih banyak nafsu dan cara untuk menyalah guna kuasa mereka, lebih banyak Kerajaan periu memegang kuasa untuk mengawal rakyat, lebih banyak kuasa yang perl dimiliki Raja untuk mengawal Kerajaan.” dengan pemahaman bahawa Raja ini ialah "satu kewujudan bersama” (Buku Il, Bab I) hasil "kehendak umum" rakyat, dan bahawa "apa yang diarahkan seseorang itu sendiri, tapa mengira siapa dia, itu bukan undang- undang” dan lebihan pula berdasarkan anggapan bahawa rakyat menggunakan cara yang tidak berat sebelah untuk memastikan kehendak awam.


KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia, Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat. Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.


CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA



Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa ialah: 

1. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

2. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya.

3. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.

4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.


KONSEP DAN PEMBENTUKAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA



Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan yang lahir dalam satu negara, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tapa ada dijajah minda dan fizikal. Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan kemerdekaan pada 31 gos 1957, apa yang lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa.Begitu juga setelah Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia (Abdul Rahman Embong, 2001). Usaha ke arah mencapai konsep sebenar negara bangsa perl diberi keutamaan agar penyatuan masih berjalan dan terus diberi perhatian supaya hasrat untuk menjadikan satu bangsa negara hanya mengandungi satu bangsa yang dapat dicapai.

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


Usaha-usaha ke arah pembentukan negara bangsa merupakan salah satu langkah ke hadapan dalam mewujudkan satu negara satu bangsa. Usaha ini perlu dilaksanakan secara bersama tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Antara usaha yang boleh diberikan perhatian ialah:

1. Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang, menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan yang seragam.

2. Menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsan menjadi salah satu teras dalam perlaksanaan dasar negara bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan.

3. Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.

4.Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan negara bangsa di peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi kesedaran dan keharmonian antara kaum.

5. Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan seperti perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan serta kibar Jalur Gemilang dan lain-lain.

6. Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta banga sebagai rakyat Malaysia.




 Ku Hasnan Ku Halim (2018) mengemukakan pandangan dalam membentuk negara bangsa menurut acuan Malaysia, penekanan haruslah diberikan terhadap beberapa perkara iaitu untuk mengurus isu perpaduan negara dan integrasi nasional. Acuan inilah yang telah diguna pakai untuk menyusun atur, merancang dan melaksanakan pembangunan dan pemerintahan di Malaysia sejak merdeka hingga kini. Kemajmukan rakyat Malaysia daripada pelbagai budaya, agama dan bahasa telah menjadi perkiraan asas dalam negara ini untuk terus utuh sampai bila-bila.

Penubuhan parti Perikatan iaitu UMNO, MCA, MIC dan semangat permuafakatan kaum adalah acuan pertama yang terbina hasil daripada kemahuan bersama rakyat yang mahu memerdekakan negara daripada penjajah Inggeris. Permuafakatan politik yang dibina ini terus kekal sehingga kini dan menjadi teras kepada permuafakatan antara kaum di Malaysia. Namun sejarah telah mencatatkan satu peristiwa hitam apabila pada tahun 1969, rusuhan kaum telah berlaku. Maka perpaduan negara menjadi matlamat utama dalam pelaksanan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan pembentukan negara industri, demokratik dan progresif melalui Dasar Wawasan Negara.

Acuan kedua adalah melalui pembangunan ekonomi negara yang diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang adil antara kaum, golongan miskin dan kaya, kawasan desa dan bandar serta perbezaan wilayah. Dengan terbina ikatan di antara rakyat pelbagai budaya ini, ia akan dapat menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di negara ini serta dapat berjalan secara berterusan. Pembangunan negara yang sentiasa mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat hingga ke hari ini telah menjadikan negara semakin hampir untuk mencapai tahap negara maju sehingga struktur masyarakat berasaskan pertanian telah mengalami perubahan ke arah budaya hidup kelas menengah yang mengutamakan kepenggunaan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Justeru, pemodenan dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen lama yang sering dikaitkan dengan etnik dan agama. la diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus isu perkauman dan agama ini dalam bentuk pentadbiran negara hingga perbezaan yang wujud diurus dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat pelbagai budaya di negara ini. Matlamat akhirnya ialah untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diurus dengan baik dalam proses kerangka negara dan bangsa Malaysia. Pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan kesinambungan dan kemakmuran hidup dalam negara yang aman damai dan sejahtera.

KESIMPULAN

 Sebagai kesimpulan, bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap diri dan sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, darjat dan umur kita bagi memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat kita sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. Walau bagaimanapun, terdapat banyak halangan dan cabaran untuk membentuk negara yang membangun seperti Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi memainkan peranan masing-masing dan terus konsisten bagi memastikan pembentukkan negara bangsa Malaysia dapat tercapai dan akan menjadi negara maju.

RUJUKAN

1. Buku Rujukan:
~ Politeknik Malaysia edisi keenam [2020]. Penghayatan Etika Dan Peradaban. [M/S 102-107]. Diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Ditulis oleh: MUNIRAH MUSTAFFA, MOHAMAD BAZLI MD RADZI, NAIMAH GHAZALI, WAN MOHD TARMIZI WAN OTHMAN, MOHAMAD FAIZAL AHMAT, DAN MOHAMMAD TARMIZI BALYA

2. Internet:
~ http://online.anyflip.com/dwwop/hybe/mobile/index.html

  MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN  KUMPULAN 5 KELAS DAT1A  NAMA PENSYARAH  :  PUAN LEZAWATI BINTI SERON NAMA AHLI KUMPULAN  : 1. NU...